Tuesday 9 August 2011

KERTAS KERJA TAMAN HERBA


KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAMAN HERBA
 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR 

1.0   PENDAHULUAN .
Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh pemantau kualiti sekolah di setiap Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar juga telah mewujudkan Taman Herbanya sendiri. Taman Herba SMK Sungai Besar adalah dibawah pengawasan Panitia Kemahiran Hidup dan kerjasama daripada Koperasi Sekolah SMKSB Berhad. Taman Herba ini telah dianugerahkan Taman Herba Terbaik sempena Anugerah  Kualiti Daerah Sabak Bernam pada tahun 2010. Untuk mengekalkan kedudukan sebagai taman herba terbaik daerah Sabak Bernam, kertas kerja ini dibentangkan untuk mencadangkan beberapa perkara  yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan Taman Herba SMK Sg Besar. Penambahbaikan ini berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh para hakim yang memantau kualiti  taman-taman herba sekolah pada tahun 2010.

2.0   MISI .
Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini juga dapat meningkatkan pengetahuan  tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.

3.0   VISI
Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar  dan warga SMK Sg Besar  . Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan tanaman yang mempunyai nilai  perubatan .

4.0   OBJEKTIF.
Objektif  Kertas Kerja ini ialah :
  1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang cadangan penambahbaikan Taman Herba Sekolah.
  2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses pemulihan dan penambahbaikan yang difikirkan perlu mengikut skema Penilaian dan Pemantauan Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam.
  3. Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.
  4. Mendapatkan  kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah  dan pihak jawatankuasa pelaksana Taman Herba .
  5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

                                    5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA

PENASIHAT                 :          PN HJH ZURAIDAH BT HJ MOHD SANIF
                                               PENGETUA CEMERLANG

PENGERUSI                :           PN  SAZUNA BINTI BINTI ABDUL WAHID
                                               PK KOKURIKULUM

PENYELARAS I            :           EN ALI ASAD B MAT JUBAIDI
                                               GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL

PENYELARAS II           :           EN AHMAD LUTFI B HASHIM

SETIAUSAHA 1            :           PN HJH SABRINA CHUA BINTI ABDULLAH

SETIAUSAHA II :           PN FARIDAH BINTI SARANI

AJK GURU DAN KAKITANGAN :          
 1. EN SALIHIN B AMAT 
                                                            2. PN SOLEHA BINTI MAHMUD 
                                                            3. EN AZMAN BIN SAIRI 
                                                            4. PN RESIMAS YONG BINTI BAHROM 
                                                            5. PN NORHAYATI BINTI MUBIN
 AJK PELAJAR :
1)       MOHD MIZZI BIN SOHAMI ( 5S3 )
2)       FAHREN FAZZER BIN SUKATIS ( 4S1 )
3)       MOHD SHAFA AMIRUDDIN BIN MOHD SHAZARI (4A3 )
4)       MUHAMMAD KHAIRUL SYAFIQ BIN  ABDUL HAMID (4A3)
5)       MOHD FAUZAN BIN BAINURI (4S2)
6)       ABDUL HALEEM BIN ABDULLAH SANI (4S3)
7)       MOHD ARIF BIN JAMALUDIN (4A4)
8)       MOHAMMAD RAZZIE BIN OTHMAN (4S3)
9)       MUHAMMAD IZZ ZULKARNAIN BIN DARWIS ( 4S3)
10)   FAKHRUL HELMI BIN ROSLAN ( 302 )


6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN  

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penilaian dan Pemantauan Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam 2010 beberapa perkara telah dikenal pasti  untuk dijadikan  rujukan untuk menambah baik program Warisan Taman Herba Sekolah.

Kekuatan :
  1. Mempunyai pelbagai  variasi tumbuhan mengikut kategori herba yang dipertandingkan. Setakat ini , taman herba ini mempunyai lebih 60 jenis tanaman herba pelbagai kategori.
  2. Penggunaan sistem pengairan yang sistematik seperti sistem pancuran automatik dan sistem fertigasi.
  3. Mempunyai jaringan Taman Herba antara unit-unit lain seperti Taman Herba SBPT dan Taman Herba Pendidikan Khas.
  4. Kerjasama dengan Koperasi Sekolah yang merupakan penyumbang dana kepada program Taman Herba Sekolah.

Kelemahan :
  1. Kurang  mempunyai koleksi tanaman herba yang  eksotik dan jarang  didapati .
  2. Tidak mempunyai unsur air dalam Taman Herba.
  3. Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria.
  4. Pendokumentasian aktiviti  dan pelabelan tanaman yang masih belum lengkap dan sempurna.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .

Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk diambil tindakan segera , antaranya ialah :
  1. Membina kolam ikan mini untuk mewujudkan unsur air di dalam Taman Herba Sekolah.
  2. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman Herba dengan  batu-batu krikil   dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik . Kawasan Taman Herba sekarang ini dilitupi tanah merah yang menyebabkan tanah lecah apabila hujan dan berdebu  apabila cuaca panas , menyebabkan kawasan taman tidak ceria dan menarik.
  3. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.
  4. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati .
  5. Menambah kawasan Taman Herba , kami cadangkan kawasan belakang Hub Kosmek dan Bilik PLBS sebagai kawasan tambahan Taman Herba Sekolah.
Kawasan yang sedia ada walaupun agak luas namun tidak dapat menampung jumlah tanaman yang semakin bertambah pada masa akan datang.


                                    8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN  DAN SUMBER KEWANGAN
                                     
Bil
Perkara
Jumlah Kos
Sumber
1
Kolam Ikan Mini ( 1 set, sistem pam dan kolam )
1000.00
SEKOLAH
2
Menambak Kawasan Taman / 1 lori batu krikil
350.00
SEKOLAH
3
Lapik batu Pejalan Kaki / 20 unit x RM15.00
300.00
SEKOLAH
4
Memasang Papan Tanda dan Label Pokok herba
300.00
SEKOLAH
5
Membeli anak pokok dan benih herba
200.00
KOSMEK BHD
6
Kos penyelenggaraan  ( Tanah semaian, racun rumpai, kawalan serangga dan penyakit tanaman , baja , makan minum, peralatan )
300.00
KOSMEK BHD
JUMLAH
2450.00





9.0 PROJEK KEUSAHAWANAN TANAMAN HERBA.
Mulai tahun 2010 , Taman Herba Sekolah telah mendapat kerjasama daripada Koperasi SMK Sungai Besar Bhd sebagai penyumbang dana dan kerja-kerja pengoperasian taman herba sekolah . Pihak koperasi telah menjadikan penanaman herba ini sebagai Projek Keusahawanan Koperasi Sekolah pada tahun 2010 dan 2011 . Melalui peruntukan Projek Bumi Hijau sebanyak RM 2000 pada 2010, telah digunakan untuk menaik taraf sistem pengairan Taman Herba SMK Sungai Besar . Sistem yang digunakan ialah gabungan dua sistem pengairan iaitu sistem pengairan secara fertigasi dan pancuran automatik . Melalui sistem pengairan ini penjagaan tanaman-tanaman herba akan lebih mudah dan dijangka hasil pengeluaran taman herba juga akan meningkat .
Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasil yang memuaskan , pihak jawatankuasa  telah meletakkan 3 fasa dalam proses penanaman herba, iaitu fasa pertama ialah fasa penyelidikan . Fasa kedua ialah fasa penanaman dan fasa ketiga ialah fasa penuaian  . Taman herba ini telah menjalani fasa pertama pada 2010 untuk fasa penyelidikan dan latihan penanaman herba yang boleh dikomersialkan. Oleh itu,pada tahun 2011 ini, perancangannya adalah bertumpu kepada penanaman herba-herba kormersial yang boleh dijual terus kepada pengguna seperti serai makan, kunyit, lengkuas, cekur , cili padi dan tanaman ulam-ulaman seperti kacang botor, ulam raja dan pegaga.  Manakala untuk herba-herba eksotik yang lain seperti lempoyang, temu lawak, halia bara, patawali , manjakani ,kacip fatimah , Mas Cotek , Misai Kucing dan sebagainya, tumpuan akan diberikan kepada pembiakan anak-anak pokok untuk dijual kepada peminat-peminat tanaman herba dan nurseri-nurseri di sekitar daerah Sabak Bernam .
Fasa ketiga dijangka dapat direalisasikan pada tahun 2012  . Mengikut perancangan tanaman-tanaman herba ini sudah mula membiak dan mengeluarkan hasil  . Hasil jualan ini nanti diharapkan dapat menampung sebahagian kos penyelengaraan taman herba dan dapat mencatat keuntungan seawalnya pada tahun 2013 atau 2014.
Perlu dingatkan setengah-setengah tanaman herba ini agak sukar untuk dibiakkan dan memerlukan masa untuk membiak dan mengeluarkan hasil . Oleh itu,perancangan yang teliti dan komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjayakan Projek Keusahawanan Tanaman Herba ini. Justru, Projek Tanaman Herba ini perlu dijalankan sepanjang tahun dan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang , bukan hanya sekadar mempamer tumbuhan-tumbuhan herba untuk  pertandingan  Kualiti Taman Herba semata-mata tetapi juga  mewujudkan satu peluang perniagaan berasaskan tanaman herba.

10.0 PENUTUP :
            Program Warisan Taman Herba Sekolah SMK Sungai Besar 2011 merupakan projek serampang dua mata , yang salah satu matlamatnya ialah mengekalkan Taman Herba Sekolah sebagai Taman Herba Terbaik Daerah Sabak Bernam pada tahun 2010 dan juga menjadi salah satu projek Keusahawan Koperasi Sekolah  yang berasaskan tanaman herba . Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan  dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa Taman Herba SMK Sungai Besar. Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai pihak diharapkan Taman Herba SMK Sungai Besar akan mendapat mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN


DISEDIAKAN OLEH :




............................................
(AHMAD LUTFI BIN HASHIM)
Penyelaras II
Taman Herba SMK Sungai Besar.













Lampiran 1

Wednesday 27 July 2011

B. MATLAMAT

Taman Herba ini diwujudkan adalah untuk menjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.

A. PENGENALAN



Projek Taman Herba Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar merupakan projek usaha sama di antara Koperasi Sekolah SMK Sungai Besar Berhad (KOSMEK) dan Panitia Kemahiran Hidup untuk tujuan pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Sains dan Kemahiran Hidup. Projek ini hasil usaha sama  pihak KOSMEK  dan Panitia Kemahiran Hidup. Projek ini dijalankan sepenuhnya oleh warga sekolah SMK Sungai Besar.